salam perkenalan


Jumaat, 12 Februari 2010

MENANGIS AND CRY

MENANGIS...dalam hidup setiap orang pernah menangis kan ? kita kuar ja dari perut, kita menangis. kita gagal dalam pekse kita menangis. seorang hamba akan menangis di depan Penciptanya. tak kurang gak yang akan nangis kalau kecewa dalam percintaan. apa-apa pun situasi nye, kenapa kita nangis? kadang-kadang kita tak tahu pun kenapa kita nangis. mungkin nyesal, sedih,gembira, or.....sebagainya

sebut pasal nangis, ana ada satu kenangan kat smap. cite dia camni...

Minggu lepas ana sebagai pp, tugas kat pagar. kerjanya mencatat nama pelajar yg lewat..tapi pg tu ana lewat cket sebab check bilik sakit. masa tu ada ar ahli biro ana yang lain..syuk,adib n naim..sampai kat pagar ana usha jap nama2 plajar2 yg lewat. agak ramai. then, my eyes caught one name. sorang budak f1

Ana ingat nama dia n lepas p'himpunan ana pun jumpa dia jap..konon nak tarbiah ar cket..ana pun tanya kenapa dia lewat pagi tadi. dia kata malam tadi dia siapkan c/o untuk dorm dia. sambil jalan nak ke kelas, ana cakap2 ngan dia. ana kata kat smap ni kalau f1 lambat adalah satu benda yg agak pelik..ana terus terang ngan dia dengan kata dia la sorang-sorangnya f1 yg lewat hari tu..sampai je kat tempat 'water cooler' belakang bilik pibg, ana tengok mata dia dah berair.. ana tahu dia nangis.. lepas tu ana dah tak tanya dia solan lagi...

Petang tu lepas waktu asar ana jumpa dia sekali lagi..ana tanya kenapa dia nangis pagi tadi..dan dia beri satu jawapan yang amat menyentuh hati ana..

"ana nangis sebab nama ana tak pernah ada dalam rekod sebelum ni"

tu jawapan dia. ana tanya dia masa sek rendah pernah jadi pengawas ke...dia kata dia bukan pengawas. librarian, ke apa-apa, dia pelajar biasa ja..

mungkin sape yang baca blog ni tak cukup faham apa yg ana nak sampaikan sebenarnya..tapi secara jujur ana cukup bangga ngan f1 tu.. dia ikhlas ngan diri sendiri..sekali2 bagus gak kalau ramai plajar smap camtu..takda arr teruk kerja pp.. w/pun dia tak pegang jawatan pengawas atau librarian masa sek rendah, tapi dia tahu nak hormati n ikut peraturan..ana terpaksa rahsiakan siapa f1 tu atas sebab2 tertentu..banyak yg ana blajar dari dia..n ana akan terus blajar dari dia i/Allah..

ingatlah...bila kita menangis kandungan toksik dalam badan kita akan dapat dikurangkan.. betapa Allah dah ciptakan sesuatu tu, pasti memberi manfaat kat kita sume. cuma kita ja mungkin tak nak fikir.

jangan kita takut untuk menangis, kerana kita pasti akan sihat kalau menangis. tapi takutlah kita kalau kita tidak dapat menangis untuk menyesali kesalahan kita, kerana mungkin saat untuk orang lain menangis untuk kita semakin hampir mengejar.

lu pikiq la sendiri....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Search